Thursday, January 29, 2015

Rindu

السلام عليكوم

Selamat malam semua . Mesti semua dah bersiap sedia baring atas tilam memasing, dok skrol skrol twitter, fb, blogger macam aku and mgkin ada yg tengah whats-up. hahaha Its up to you okayy ? 

Malam ni aku nak cite pasal rindu. Kita selalu ada rasa rindu kan terutamanya perempuan. Tahu sebab apa ? Sebab Allah kurniakan hati kita ni penuh rasa kelembutan, hati yg mudah terusik, menangis hanya kerana benda2 kecik . sebab itu mmg lumrah sorang perempuan. Malas nak cakap apa dahh . tengok cite hindustan pon meleleh air mata . Lagi2 khabi kushi kabhi gham. Haha . entah betul ke tak aku tulis tuh . Tengok cite pasal cinta tak kesampaian . meleleh beb. pegi tandas kata nak buang air. tapi beb! kesat air mata tuhh . 

Kekadang tu time tengah mengelamun, tetibe teringat mak bapak kita . Meleleh beb air mata! direct terus call mak abah tanya sihat ke tak. Yang home sick lagi lahh . Balik rumah terus berborak panjang dengan mak bapak macam takde hari esoknyaa . apa pon bagi aku, itu lah yang terbaik. Allah sengaja bagi kita fikir yang satu hari kita akan kehilangan mak abah kita . Sebab tu time kita mengelamun ponn , kita terfikir sal mak abah kita. Bila kita rindu, kemungkinan juga mak abah kita rindukan kita . 


Malam ni aku nak cakap pasal cinta hati yang korang dok puja-puja tuh.


Aku tak condemn korang okay ? Cuma nak bgtahu jehh . Tipulah kalau aku takde perasaan camtu kan kan ? Aku bukan robot ye dokkk . Aku tahu semua ada couple masing-masing. 
Tak salah menyatakan rasa rindu. Tapi korang korang takde ikatan kan ?
Apa kata korang luahkan perasaan ni selepas kahwin ? Baru syok bahkan dapat pahala . 
Korang cakap sebelum kahwin dapat apa ? cuba bagitahu aku . 
Aku pernah dengar cite tapi Allahualam lah kan . 
Cite dia gini, bila seseorang wanita menyatakan rasa rindu atau memuji seseorang bukan mahramnya, jatuhlah satu kelopak bunga di syurga. 
Aku tak tahu kebenarannya dan tak pula mampu bertanya kepada ustaz or ustazah . 

Untuk orang yg selalu tanya kat aku pasal aku penah rasa rindu ke tak . Hell yess ! Wa bukan robot okay ? Aku tak suka menyatakan perasaan aku. cukuplah kalau aku contact kau maksudnya aku teringatkan kau lah . Macam aku teringatkan mak bapak aku lah . Dah jangan tanya aku lagi . Mak and abah pon sama.

p/s no more question .

No comments:

Post a Comment